Tuesday, December 06, 2005

Sudah Terbit!


Buku "Suatu Hari Di Hari Raya-Nostalgia 1960-an di Kampung Sungei Bedil Besar, Kuching, Sarawak."

Penulis: Kamil Salem

Bahasa: Bahasa Malaysia / Non-English

"Karya yang harus dilihat sebagai kesinambungan lakaran Margaret Brooke pada 1870-an; gambaran kehidupan ekonomi oleh A. Zainal Abidin dan Abdullah Salleh, serta pemerihal tentang ekologi dan ekonomi oleh Tom Harrisson pada 1950-an; dan pengamatan sosial Abang Yusuf Puteh pada1960-an yang semuanya itu adalah tentang masyarakat Melayu Sarawak."
- Abdul Halim Ali, Kursi Nusantara,Universiti Malaysia Sarawak.

" Karya ini lebih bermakna kerana penulis telah berjaya memaparkan keadaan sosial sebuah masyarakat Melayu kampung di bandar yang mempunyai sejarah yang teranyam dalam sejarah awal negeri Sarawak."
- Sanib Said, Pengarah Jabatan Muzium Sarawak, Malaysia.

" Penggarapan bagi tajuk ini dapat memberi gambaran jelas bagaimana penduduk di sebuah kampung Melayu di seberang sungai Sarawak meraikan perayaan yang begitu dekat dengan jiwa orang Melayu sehinggakan Aidilfitri dan puasa Ramadan amat erat dengan budaya dan kehidupan orang Melayu sebelum 1060-an lagi" Utusan sarawak, 20 November 2005.

" Buku ini tidak sekadar memberi informasi tentang mood hari raya di jiwa orang Melayu, tetapi jika diteliti secara menyeluruh pembaca dapat membaca bagaimana masyarakat Melayu di seberang sungai mula mengalami transformasi budaya,cara hidup akibat asakan pembangunan,perkembangan politik,pengaruh hidup akibat pemodenan dunia selepas Perang dunia Kedua dan sebagainya" Utusan Borneo, 22 November 2005.


" Dengan munculnya buku seumpama ini, ia dapat dijadikan panduan untuk generasi muda, bagaimana warga terdahulu menyambut Aidilfitri. Apa lagi Kampung Sungei Bedil Besar telah melahirkan ramai tokoh hebat dan sudah semestinya perjuangan dan pencapaian mereka patut dijadikan contoh" YB Haji Fadilah Yusuf, (sekarang Timbalan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi), 20 November 2005.

Untuk Keterangan Lanjut
Sila Hubungi Nonakraf Communications Sdn Bhd di talian 6082-647491, 0168789307atau emel- kamilsalem@yahoo.com

BLOG RASMI SAYA